Tuesday, June 7, 2011

tersalah masuk bilik

assalamualaikum semua...
pe kabor..??harap nye semua baik2x je k...
pagi nie,ble adam online fb,terbaca la status sorang kawan nie sal tersalah masuk bilik....
tetiba lak adam teringat sal kisah 2 yang pernah terjadi kat adam sua2 ketika dulu...heehee
cerita nya camni...

di suatu pagi yang hening di sebuah bandaraya yang agak sibuk ngan aktiviti makhluk2x yang bergelar siswasiswi,di sebuah rumah sewa di bandar tersebut,kelihatan seorang jejaka sedang nyenyak tidor tanpa menghiraukan keadaan sekeliling sehinggalah suatu suara yang lahir dari sebuah alat yang dipanggil 'mobile fon' mengejutkannya...lantas dia bangun mematikan bunyi tersebut dan terus sambung aktiviti yang tergendala itu.belum sempat dia terlelap,tetiba dia hatinya berkata,'hari nie lecture kul 8.30 pg la...'.tersentak dengan kata hatinya,dengan pantasnya dia bangun mencari 'mobile fon' td....diperhatikan jam...'alamak!!da 8.15 pg la...adess...' apalagi,dengan kelam kabutnya dia bersiap untuk ke lecture 2...betul2x rushing la kerana perjalanan ke kuliah ada la lam 15 minit...sampai di fakulti,dengan lajunya dia mendaki anak2x tangga menuju ke bilik kuliah di aras 2...diperhatikan satu persatu nama bilik kuliah sambil menuju ke bilik kuliahnya....sampai jer d depan bilik kuliah itu,tercungap2x dia mengambil nafas panjang sambil memerhatikan keadaan di dalam bilik itu memastikan kehadiran lecturer....nasib dia teramatlah baik kerana tiada tanda yg menunjukkan lecturer da masuk...dengan selambanya dia membuka pintu dan masuk ke bilik tersebut....tetapi anehnya,dia merasakan suasana di dalam bilik itu teramatlah janggal...langkahnya terhenti di tengah2x bilik itu, mencari punca perasaan janggal itu..diperhatikan muka2x yang ada d bilik itu sambil hati berkata,'sejak bila lecturemate aku nie tukar muka...???' lantas dia mereversekan langkah nya menuju ke pintu masuk,membaca nama bilik itu dan memastikan bahawa itu bilik yang betul...lalu hati bercakap,'ape da jadi nie...??da betul da bilik nie..tp knapa bukan lecturemate aku dalam 2...???'dengan kehairanan, dia mendapatkan mobile fonnya lalu bertanyakan perihal kejadian itu kepada salah seorang lecturematenya...beberapa minit kemudian,satu sms diterima drpd lecturemate, berbunyi, 'lecture pagi nie cancel la adam....sori,lupa nak bgtau...aku pon br dapat tau awal pg td gak..' sambil tersenyum aku mengatur langkah menuju ke cafe sambil hati bercakap...'wat penat jer aku rushing2x pg td...hukhukhuk'


itu je la kisahnya....harap korang enjoy la....lau ase2x nak komen,feel free 2 do so k...
adios amigos...till next time
wassalam....

Sunday, May 29, 2011

Sakit Hati,Tulang Sendiri..??

WANITASiapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKIKamu!!!
WANITAMenurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.


Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
 
LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: belum

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....


Nota Kasih Sayang :
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah,  apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding
dengan akibat yang akan diterima?


Friday, May 27, 2011

Rahsia d sebalik keindahan bunga

Setiap ciptaan Allah S.W.T mempunyai rahsia yang tersendiri yang kadang kala tidak diketahui dan tidak terfikir dek akal manusia. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan, semuanya terdapat keunikannya yang tersendiri yang tidak sama dengan tumbuhan lain. 

Antaranya ialah:


Pokok Bunga Tahi Ayam

Pokok bunga tahi ayam atau dengan nama saintifiknya dikenali sebagai Lantana camara tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana tumbuhan ini terkenal dengan baunya yang kurang menyenangkan.


Walau bagaimanapun, bunga tahi ayam boleh dikategorikan sebagai antara tumbuhan yang mempunyai bunga yang cantik dan menawan. Tumbuhan ini biasanya digunakan dalam perubatan herba.


Ekstrak daripada daun Lantana camara ini mengandungi antimicrobial, fungicidal, insecticidal dan nematicidal.  Daunnya berkesan untuk mengurangkan bengkak akibat daripada infeksi kuman. Ini disebabkan oleh kandungan turpineol dan furfurol di dalamnya.


Turpineol merupakan sejenis minyak atsiri yang bersifat antiseptik yang boleh membunuh kuman. Manakala furfurol pula bersifat fungsida yang berkesan merawat penyakit kulit yang diakibatkan oleh kulat.


Cara rawatannya ialah dengan menampalkan daun bunga ini yang ditumbuk pada bahagian yang sakit. Selain itu, ia juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk mengubati kanser, cacar air, demam campak, asma, ulcers, tekanan darah tinggi dan malaria.


Bunga Raya

Bunga ini dikenali sebagai Bunga Kebangsaan negara yang menjadi lambang kepada negara kita Malaysia. Bunga Raya dengan nama saintifiknya Hibiscus-rossa sinensis tidak ketinggalan dalam menyumbangkan khasiatnya yang tersendiri kepada manusia. Antara khasiatnya ialah :


• Dapat membantu pertumbuhan rambut, mengurangkan kelumumur dan meredakan uban, minyak semulajadi dalam bunga ini amat berguna sebagai pelicin rambut.
 
• Untuk kulit pula, minyak dari bunga raya baik untuk masalah selulit dan boleh menjadikan kulit berseri.
 
• Ekstrak bunga raya merah membantu melancarkan kitaran haid. Bunga ini juga berguna dan berkhasiat untuk menghilangkan batuk. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu, bunga raya juga mengandungi hebiscetin, satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Pengidap akan mendapati lendir yang menganggu saluran pernafasannya akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak ketika batuk.
 
• Tumbuhan ini juga dipercayai dapat melancarkan sistem penghadaman


Cekur

Pokok cekur manis merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Terdapat bahagian pokok cekur manis yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Daun cekur manis sering diambil dan di peram/ jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.


Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai daun yang licin, berbentuk tirus, tersusun padat dalam pasangan yang bertentangan. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar atau rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Antara khasiat cekur ialah :


• Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis.
 
• Cekur juga boleh dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit, dan sengal tulang.
 
• Daun cekur dikunyah untuk batuk dan sakit kerongkong
 
• Akar cekur adakalanya digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut dan selsema.
 
• Ia juga digunakan untuk sakit kepala
 
• Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid.
 
• Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat.
 
• Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu.
 
• Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.

Meskipun dalam zaman yang serba moden kini, tidak dapat dinafikan ramai yang lebih percaya dengan keberkesanan perubatan moden, namun begitu tidak kurang juga bilangan masyarakat yang masih percaya dengan keberkesanan perubatan tradisional iaitu dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba(jamu).  


Memang tidak dapat dibandingkan bahawa perubatan modern mahupun perubatan tradisional mujarab 100% kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri untuk memilih yang terbaik untuk dirinya.


panda jadian sudaa tiada...

assalamualaikum semua...
alhamdulillah...
akhirnya,setelah 10 hari menjadi panda jadian,adam da bertukar menjadi manusia balik da...hehehe
in other words,my eyes are cured...
n i got my sight back...
syukur sgt2x....akhirnya sudaa boley kembali menikmati deria penglihatan nie...

Friday, May 20, 2011

panda..oh...panda...

assalamualaikum semua....
hari nie bukan adam nk cter sal panda...
tp nak cter sal adam da jadi rupa macam panda da...
maner taknyer....,da 5 hari da adam sakit mata...
bengkak bukan men lg...
tp xley lawan adik adam...
mata dy bengkak jd rupa cam bapak panda...
hahaha...
jahat tul mengata orang cam 2...
actely in da past about 2 week la...
my family d jangkiti sakit mata...
nie semua gara2x budak kecik 2 la...
orang p sekolah wat balik ilmu...,
dy p wat balik virus...adess...
oh ya...budak kecik 2 my youngest bro...
darjah 3...
seminggu la jugak dy sakit mata 2...
adam kene infect agak lambat la jugak compare ngan my family...
mula2x budak kecik 2..,pas2 my bro..,den c bapak panda..ngeh2x...,pas 2 my other bro..,my sis...me...my mom n lastly my other sis...
tinggl sorng jer ag yg xkene nie...huhu
kata nya antibody kebal...
sebab 2 xkena...huhu
walaupun adam lambat d jangkiti...,tp proses penyembuhan agak cepat...
yea la...compare ngan c bapak panda 2..,2minggu dy jd panda...
adam lak br 5 hr...tp da mnunjukkan tnda2x nak baik da...=)
sakit mata kali nie agak seksa wo...
sakit sangat2x...
tp adam xsedeh pon...
sebab sakit kan penghapus dosa...
so,bila adam n family sakit macam nie...,
it seems dat ALLAH sygkan kami...
DIA nk gugurkan dosa2x kami...
dan DIA juga nak remindkan kami yg kami nie hamba2x DIA...
juga bg kesedaran pd kami tentang pentingnya deria mata nie...
dan bg kami rasa n berfikir macammana perasaan orang yg tak mampu guna deria mata nie...

syukur sgt2x kerana kami masih dikurniakan anugerah untuk melihat...
THANK YOU ALLAH...
semoga kami dan kalian semua tidak menyalahgunakan nikmat yg di berikan....
dan jangan lupa untuk sentiasa mngucapkan syukur kepada ALLAH SWT ats nikmat yg d berikan...

p/s: Laa Tahzan Innallaaha Ma’anaa

لا تحزن ان الله معن


Friday, May 13, 2011

Free Hot Reflexology

assalamualaikum semua....
ape kbr korang...???
semoga korang semua sihat la hendaknya yer..
okey...entry adam kali nie pasai reflexology free...huhu
cmni cternya...hr nie kan hr jumaat...so,pd lelaki2x..di wajibkan pergi solat fardhu jumaat di masjid...
so,hari nie adam p masjid jalan kaki...ala...masjid dekat jer ngan umah adam...dats y la adam jalan kaki jer...
pas solat jumaat,past wirid n doa...,ada gerak balik...
op coz la jalan kaki gak...
on da way balik 2,xpasai2x lak selipar adam futus...


nie la selipar adam yang futus 2...


so,terpaksa la adam balik berkaki ayam meredah kepanasan tar tuk balik umah...

 adam balik jalan kaki ayam meredah kepanasan tar camnie la...


sepanjang perjalanan nak balik uma ngan kaki ayam d tengah kepanasan tar 2..,
semua yg balik solat jumaat 2 tengok adam ngan penuh kehairana...huhu
da orang tengok cm2..,
adam pon wat selamba je la jalan balik umah ngan gaya cam2...hehehe
sampai jer kat umah...baru adam sedar yg kaki adam da melecur da pon...
2 la first time adam balik jumaat berkaki ayam ngan penuh bergaya...huhu
tapi best la jugak berkaki ayam ats tar 2...
secara tak langsung, adam da mereflexologi kan kaki adam...huhu
tp panas la kit...=)
so,pengajaran dri kisah nie, b4 kuar p mane2x, make sure u all cek ur selipar/kasut...
especially lau u all kua jalan kaki d tengah2x panas....hehe
k la...hope u all enjoy ngan cter nie...
thanx kerana bce my entry...

n please do leave ur comment k...
daaa....

sekian saja....jumpa lg d next entries...=)

Wednesday, May 11, 2011

a true special friend

sebagaimana yang korang ley bace kat ats 2...,
haa...tu la tajuk entry kali nie...
sje nak bercerita pasal kawan skit...
adam ader ramai kengkawan yg bermacam2x ragam...
lam ramai2x kawan, ader seorang yang adam consider kan kawan yg teramat special...
nak tau naper special..??
sebab kawan adam yang nie selalu ader untuk adam...
time adam sedey,dy ceriakan adam...
time adam happy,adam ley share ngan dy...
dy pon slalu gak share happy ngan adam...
time adam ader problems, dy alwaz bg nasihat dan cadangan...
tp yg paling penting, dy slalu ingatkan adam tentang Yang Maha Esa...
ptg pon td adam ader luahkan beberapa masalah kt dy...
adam luahkan sebab adam ase down sgt2x...
terima kasih pd dy kerna bg kata2x semangat kat adam td...
alhamdulillah, now adam da ase okey da...
da boley tersenyum balik da...
terima kasih Allah Yang Maha Agung kerana da kurniakan adam seorang kawan seperti dy...
semoga Allah Yang Maha Esa pelihara la dy d dunia dan d akhirat...ameen..

p/s : mesti korang tertanya2x kan siapa dy 2 kn...??4 now, biarlah rahsia...bukan xnak bagitau...tp sbgai menghormati dy dan supaya tidak menimbulkan fitnah antara kami...harap u all faham...insyaAllah sua2 hari nanti...

p/s/s : kepada awk yg tersenyum sorang2x time bace entry nie, makasih yea sebab da buat sy kembali senyum...insyaAllah sy akan sentiasa senyum supaya awk pon boley senyum juga...=)